Piagam Pelanggan

Kolej Komuniti Manjung beriltizam untuk memberi perkhidmatan yang berkualiti, beretika, profesional, cekap dan mesra dengan memastikan :
1. Menyediakan program pengajian yang mendapat akreditasi daripada MQA atau badan-badan profesional yang berkaitan.
2. Memproses pengambilan pelajar ke Kolej Komuniti Manjung mengikut syarat dan kriteria yang ditetapkan serta maklumkan keputusan kemasukan dalam DUA PULUH (20) hari bekerja selepas tutup permohonan
3. Melaksanakan bayaran bantuan kewangan dalam tempoh TIGA PULUH (30) hari bekerja selepas keputusan diumumkan kepada pelajar yang layak
4. Memaklumkan keputusan peperiksaan dalam tempoh EMPAT BELAS (14) hari bekerja selepas semester pegajian berakhir