- Details
- Super User
- Hits: 931
Assalamulaikum wbt dan Salam Sejahtera .
Sektor Pendidikan dan Latihan Kemahiran Teknikal/Vokasional atau TVET telah menjadi agenda penting negara dalam memberikan impak kepada kesejahteraan eknomi belia negara dengan peluang pekerjaan yang lebih banyak dan luas dalam pasaran pekerjaan. Kementerian Pengajian Tinggi melalui Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti yang merangkumi Politeknik dan Kolej Komuniti adalah keutamaan Kementerian dalam usaha pembangunan modal insan negara khusus untuk memenuhi keperluan dan kehendak tenaga kerja mahir dalam industri. Kolej Komuniti Manjung bertekad akan terus memegang amanah untuk kekal istiqamah agar penyampaian perkhidmatan dan kualiti latihan di tahap tinggi serta mantap dari segi produktiviti. Usaha penambahbaikan secara berterusan akan menjadi budaya di Kolej Komuniti Manjung mampu menjadi agen perubahan dan menjadi perintis kepada elemen baru yang unik dan istimewa berbanding Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) lain. Keluaran Kolej Komuniti akan dikenali dengan kualiti yang tinggi secara holistik merangkumi kemahiran hands-on, nilai murni, kemahiran soft-skills, sikap dan jati diri. Pekerja mahir yang terlatih dan lengkap dengan ciri-ciri peribadi positif pasti akan menerima habuan yang tinggi daripada majikan dalam industri. Sekian, Terima Kasih. |