SINOPSIS PROGRAM SIJIL FESYEN DAN PAKAIAN
Program Fesyen dan Pakaian adalah salah satu program yang membolehkan pelajar mendapat pengetahuan dan kemahiran bukan sahaja secara teori bahkan juga secara amali dalam bidang pembuatan pakaian. Dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi, ia dapat membantu dan mampu menyediakan pelajar ke alam pekerjaan.
Antara lain, program ini dapat melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan:
- Menunjukkan kefahaman pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang fesyen dan pakaian.
- Menghasilkan rekaan pakaian yang kreatif dan inovatif.
- Berkebolehan menghasilkan pakaian wanita dan lelaki mengikut teknik yang betul.
- Mempelajari dan menggunakan pelbagai teknik hiasan pakaian yang terdapat dalam sulaman.
- Mengetahui perkembangan evolusi fesyen dalam seni warisan.
- Berkebolehan untuk menghasilkan jahitan pakaian yang kemas dan berkualiti.
- Mengaplikasikan ciri- ciri keusahawanan di dalam bidang fesyen dan pakaian.
- Mempraktikkan kaedah dan teknik dengan betul dan tertib bagi melaksanakan tugasan-tugasan yang berkaitan
PROSPEK KERJAYA
Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang fesyen dan pakaian yang mana ia boleh diimplimentasikan bagi kerjaya di dalam bidang pembuatan pakaian. Pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang ini, membolehkan pelajar memulakan kerjaya seperti:
- Pembuat pakaian
- Usahawan fesyen
- Pembantu pereka fesyen
- Sewing associate
- Fashion buyer
- Ilustrator fesyen
LALUAN KE PROGRAM DIPLOMA
Pelajar yang menamatkan pengajian Sijil Fesyen dan Pakaian boleh memohon ke program diploma berikut:
- Diploma Reka Bentuk Fesyen Batik
- Diploma Reka Bentuk Fesyen
MAKLUMAT PROGRAM
- Bahasa Pengantar : Bahasa Melayu
- Mod Pengajian : Sepenuh Masa
- Syarat Kemasukan : Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
- Tempoh Pengajian : Minimum (5 semester) Maksimum (10 semester)
- Minggu Pembelajaran & Pengajaran : 14 minggu per semester (tidak termasuk cuti semester)
- Latihan Industri : 16 Minggu – 8 Kredit (Semester Akhir)
- Jumlah Kredit Graduat : 60 Kredit
STRUKTUR PROGRAM

*Bagi Pelajar Warganegara Yang Tidak Kredit Bahasa Melayu SPM Wajib Mengambil Kursus MPU 1212 BAHASA KEBANGSAAN A
SYARAT KEMASUKAN
- Warganegara Malaysia
- Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf
- Lulus Bahasa Melayu
- Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
- Mendapat SATU (1) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran
- Lulus temuduga atau menghantar portfolio yang ditetapkan oleh institusi
- Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, pertuturan, fizikal, pembelajaran atau lain-lain yang menyukarkan kerja-kerja amali
YURAN PENGAJIAN
- Yuran Pengajian RM200 Setiap Semester
HUBUNGI KAMI
Untuk Maklumat Lanjut👇🏻
Boleh hubungi di talian : (waktu pejabat)
Isnin - Jumaat (9:00 Pagi - 5:00 Petang)
Rehat (1:00 Petang - 2:00 Petang)
No. Tel : 05-688 4526
atau
Whatsapp :
Encik Ikhwan : 013 - 4887704
Puan Saadiah : 011 - 37429223